fbpx

Lelaki ditemui lemas selepas tiga hari hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengangkat mayat mangsa tersebut

KLANG – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak tiga hari lalu selepas terjun ke dalam sungai di Jambatan Kota Lama di sini, ditemui lemas hari ini.

Mayat lelaki yang berusia 50an ditemui kira-kira pukul 11.07 pagi di dalam perangkap sampah iaitu 500 meter dari lokasi dilaporkan hilang.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, laporan kehilangan lelaki itu diterima pada pukul 6.13 petang, Isnin lalu selepas mangsa terjun dalam sungai dan dipercayai hanyut.

Katanya, kerja-kerja pencarian telah dilakukan sejak hari kejadian termasuk menggunakan dua buah bot.

“Pekerja kontraktor kemudiannya telah menemui mayat mangsa di dalam perangkap sampah.

“Bomba kemudiannya bertindak mengeluarkan mangsa sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” jelasnya dalam kenyataan hari ini. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI