fbpx

Lelaki dendang lagu sedih di majlis kahwin bekas kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bayu menyumbangkan lagu bertema perpisahan pada majlis perkahwinan bekas kekasihnya. – TikTok

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi seorang lelaki menyanyikan lagu sedih bertemakan perpisahan pada majlis perkahwinan bekas kekasihnya, lapor portal berita Wolipop semalam.

Video  dikongsikan di laman TikTok itu menunjukkan lelaki bernama Bayu Kurniawan menyanyikan lagu berjudul Januari nyanyian Glenn Fredly pada majlis tersebut di Garut, wilayah Jawa Barat.

Ketika ingin memberikan ucapan kepada pasangan pengantin, dia turut dipeluk oleh ibu kepada wanita berkenaan.

“Selamat menempuh kehidupan baharu,” demikian menurut kenyataan pada video tersebut.

Menurut Bayu, meskipun sudah berpisah, dia reda dan sehingga kini tetap mempunyai hubungan baik dengan bekas kekasihnya.

“Datang ke majlis perkahwinan bekas kekasih. Keliru dengan perasaan sendiri. Ibu dia turut menangis, namun kami sudah saling ikhlas dan tetap mengekalkan hubungan baik,” ujar Bayu dalam  video tersebut.

Dia kemudian dilihat memberikan ucapan kepada pasangan pengantin sebelum bersalam dengan pengantin lelaki.

Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen  netizen.

“Pengantin perempuan sangat profesional. Dia cuba untuk bersikap tenang. Saya sukakan sikapnya,” kata seorang netizen.

“Pokok pangkalnya, kedua-dua mereka sudah berdamai dengan masa lalu. Bagus sekali,” ujar netizen  lain. 

Sementara itu, Bayu berkata, dia sekeluarga diundang ke majlis perkahwinan tersebut kerana kedua-dua keluarga masih mengekalkan hubungan baik sehingga kini.

“Kami memilih untuk berpisah dengan cara baik, jadi, tiada masalah antara kedua-dua pihak,” katanya. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI