fbpx

Joe Flizzow nak bersara sertai AJL, dah tak relevan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOE FLIZZOW tak tolak kemungkinan tidak lagi sertai Anugerah Juara Lagu (AJL) pada masa akan datang. - IQBAL ROSLI

PETALING JAYA – Penyanyi rap tersohor tanah air, Joe Flizzow tidak menolak kemungkinan ‘bersara’ daripada menyertai acara berprestij tanah air, Anugerah Juara Lagu (AJL).

Joe atau nama sebenarnya, Johan Ishak berkata, selepas lagu Satu Malam Di Temasek gubahannya bersama SonaOne menjadi naib juara pada edisi terdahulu, realiti terbabit lebih menguatkan niatnya untuk tidak lagi bertanding selepas ini.

“Kadang-kadang, orang buat kesilapan tapi tak mengapa kita maafkan mereka.

“Sebenarnya, saya tak nak bertanding dalam AJL untuk Satu Malam Di Temasek. Boleh tanya pengurus saya. Dia saksi. Sumpah demi nama Allah, saya tak nak masuk.

“Tapi pengurus saya cakap: the team has worked so hard (pasukan dah kerja sangat keras). Saya macam okey dan buat sahaja untuk team,” katanya kepada Kosmo! Online usai sidang akhbar This is Johan Live In Concert, semalam.

JOE FLIZZOW bakal mengadakan konsert solo sulung berjudul This is Johan Live In Concert pada 15 Julai nanti. – IQBAL ROSLI

Kata Joe, 44, acara muzik berkenaan sudah tidak lagi relevan pada masa sekarang.

“Untuk kebanyakan orang, AJL adalah ‘piala dunia’. Bagi saya, pertandingan itu hanya another Sunday (hari Ahad yang biasa).

“Saya tak pernah faham konsep pertandingan tersebut.

“Realitinya, ketika era 80-an, pertandingan nyanyian paling hebat adalah Bintang RTM. TV3 perlukan program untuk kalahkan Bintang RTM (dari segi rating).

“Selepas berpuluh tahun, adakah AJL masih relevan? Siti Nurhaliza dah tak sertai AJL lagi. Sebab, dia tahu kenapa. Siapa yang boleh hakimi dia,” katanya.

Ujar Joe penuh sinis, tiada negara di luar sana yang buat pertandingan seperti apa yang dipaparkan AJL.

“Negara mana yang buat macam Malaysia? Adakah Amerika, Korea, United Kingdom atau Indonesia ada ‘benda’ macam AJL. Mana ada, kenapa kita kena buat.

“Tempoh hari (AJL tahun ini). Siti sendiri cakap siapa sebenarnya yang patut menang (ketawa).

“Tentang sama ada saya nak sertai lagi AJL. Entahlah. Saya rasa saya tak patut dah sertai. Orang tak boleh bandingkan ‘singa’ dengan manusia. Muzik rap berbeza dengan yang lain,” ujarnya penuh maksud mendalam.

Jelas pelantun lagu Sunyi itu lagi dengan sinikal, AJL sudah tersasar jauh daripada motif asalnya.

“Mereka cakap AJL untuk komposer dan penulis lirik. Kalau begitu, kenapa tak pasang lagu sahaja. Tak payah bertanding.

“Lagu pun memang dah dirakam di studio. Saya tak faham sampai sekarang, macam mana lagu nasyid bertanding dengan lagu rock? Bandingkan antara buah epal dan oren,” ulas Joe.

Joe pernah sekali menjuarai AJL menerusi lagu ikonik, Apa Khabar (featuring SonaOne) pada edisi ke-29.

Bagaimanapun, lagu Satu Malam Di Temasek yang disebut-sebut sebagai juara edisi ke-37 hanya meraih naib juara apabila tewas dengan lagu Terus Hidup gubahan Aina Abdul.

Joe bakal muncul dengan album terbaharu berjudul Johan yang akan diterbitkan sekitar Julai. Konsert solo pertamanya, This is Johan Live In Concert akan berlangsung di di JioSpace Petaling Jaya pada 15 Julai depan.

Sekadar info, Datuk Seri Siti Nurhaliza bertanding buat kali terakhir di pentas AJL pada AJL22 iaitu tahun 2008 sebelum memutuskan untuk tidak lagi bertanding dalam acara muzik terbesar Malaysia tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI