fbpx

Sukan SEA Kemboja 2023: Irfan kekal ‘raja’ lempar cakera Asia Tenggara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Irfan berjaya raih pingat emas ke-23 kontinjen Malaysia. Foto oleh MUHD. ARDIE PUTRA SUHAIMI

PHNOM PENH – Jaguh lempar cakera negara, Irfan Shamsuddin mencipta sejarah peribadi apabila mengekalkan pingat emas buat kali ke-6 berturut-turut selepas mendominasi saingan di Stadium Nasional, Morodok Techo sebentar tadi.

Pada saingan itu, Irfan melakukan lemparan sejauh 57.83 meter (m) jauh meninggalkan pencabar lain untuk mempertahankan pingat emas keenam sejak edisi 2013 di Myanmar.

Pingat perak pula menjadi milik atlet Thailand, Kiadpradid Srisai (51.89m) manakala rakan senegaranya, Bandit Singhatongkul meraih gangsa (50.02m).

Bagaimanapun, Irfan mengakui agak ralat kerana lontaran pertama yang dilakukan telah dibatalkan oleh pegawai teknikal sedangkan lontaran tersebut boleh pecahkan rekod Sukan SEA.

“Saya telah melakukan lemparan sejauh 59.50m tetapi tidak dikira kerana kesilapan teknikal. Saya tidak tahu sama ada dia (pegawai teknikal) khayal patut angkat bendera putih tapi tak sedar mengangkat bendera merah.

“Mungkin, saya dapat cipta lebih 59 meter (menerusi lemparan tersebut) kerana saya memang mahu cipta rekod baharu memandangkan pada edisi sebelumnya saya mengalami kecederaan.

“Selepas lemparan pertama, saya cepat hilang tenaga jadi yang pertama adalah sangat penting. Saya sangat kecewa dan marah kerana sudah hilang tumpuan pada lemparan kedua dan seterusnya,” katanya.

Sebagai rekod, Irfan mula menguasai acara itu sejak edisi 2013 sebelum mempertahankannya di Singapura (2015), Kuala Lumpur (2017), Manila (2019), Vietnam(2022) dan terbaru adalah di Kemboja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI