fbpx

Gigi palsu melekat pada kek hari lahir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita tersebut hanya ketawa melihat gigi palsunya melekat pada kek. – TikTok

WASHINGTON – Sebuah klip video tular di media sosial memaparkan situasi lucu gigi palsu milik seorang wanita melekat pada kek hari lahirnya, lapor akhbar New York Post semalam.

Klip video itu dikongsikan di laman TikTok dan setakat ini mendapat lebih 65 juta tontonan.

Berdasarkan video tersebut,  wanita yang identitinya tidak didedahkan itu dilihat teruja untuk menikmati kek coklat yang dipercayai merupakan kek hari lahirnya.

Namun, ketika dia cuba menggigit kek tersebut, gigi palsunya secara tidak sengaja melekat pada kek.

Wanita itu kemudian dilihat ketawa sebelum video tersebut berakhir. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI