fbpx

Elak kekeliruan, Zamani lantik isteri jadi pengurus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYANYI Zamani melantik isterinya sendiri sebagai pengurus.

Penyanyi Zamani Ibrahim mengesahkan urusan kerjaya seni dikendalikan isterinya, Nur Juliana Abd. Rani yang bertindak sebagai pengurus peribadi sejak akhir tahun lalu.

Katanya, tujuan membuat pengumuman itu bagi mengelakkan kekeliruan pihak berkaitan yang ingin berurusan dengannya tidak mengganggu bekas pengurusnya.

Katanya, Julia sudah menguruskan jadual kerjanya sejak sekitar tahun lalu iaitu selepas dia menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang melengkung.

“Dari awal berkahwin lagi dia sudah didedahkan dengan cara kerja saya, jadi dari situ sedikit sebanyak dia banyak belajar daripada bawah berkenaan pengurusan dan skil komunikasi.

“Julia pun kerap temankan saya ke mana-mana acara atau undangan pentas disebabkan kondisi kesihatan saya ketika itu yang masih berdepan masalah sakit belakang.

“Kami serasi bekerjasama dan hakikatnya lebih senang bekerja dengan isteri sendiri membuatkan saya mengamanahkannya menjadi pengurus peribadi,” katanya dalam wawancara bersama teman Mizz Lahar.

Eloklah maklumkan kepada umum supaya tak timbul salah faham. Mizz Lahar pun doakan kerjaya Zamani terus sukses dan sihat selalu.

Mizz Lahar: Harap-harap isu antara Datuk Hattan dan penyampai berita yang sensasi baru-baru ini sudah selesai

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI