fbpx

Alang teringat-ingat detik bapa saudara diterkam harimau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alang menunjukkan contoh gambar harimau yang dipercayai menyerang bapa saudaranya di Hulu Sungai Aring, Gua Musang kelmarin. -Foto AIMUNI TUAN LAH/KOSMO!

GUA MUSANG – Seorang kanak-kanak Orang Asli tidak lena tidur apabila teringat detik bapa saudaranya diterkam seekor harimau di bahagian kepala dalam kejadian di Hulu Sungai Aring di sini kelmarin.

Alang Kuang, 8, yang fasih bahasa suku kaum Bateq menjadi satu-satunya saksi kejadian ketika Halim Asin, 27, yang hilang dikhuatiri diserang harimau.

Alang berkata, dia masih takut dan dapat mengingati kejadian yang berlaku sewaktu memancing bersama bapa saudaranya itu.

Menurut Alang, dia sempat menyelamatkan diri dengan terjun ke dalam sungai dan berenang menuju ke tempat keluarganya berkhemah selepas Halim diserang harimau.

“Saya maklumkan kepada datuk, Asin Parang, 68, pak cik telah diserang harimau dan sangat takut,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Aring 5 di sini hari ini.

Sementara itu, Asin memberitahu, dia terkejut apabila Alang berlari ke arahnya dalam keadaan menangis dan ketakutan.

Katanya, selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu, dia segera ke tempat kejadian yang jaraknya kira-kira 500 meter dari tempat mereka berkhemah.

“Ketika sampai, saya dapati Halim sudah tiada. Kami tujuh sekeluarga terus menaiki rakit menuju ke Kampung Aring 5 kerana takut haiwan terbabit muncul kembali.

“Saya masih mengingati lagi kata-kata Halim yang ingin ke sungai untuk mencari lauk mereka pada hari itu. Saya amat terkilan Halim tidak sempat makan ikan sebarau yang dipancingnya,” katanya.

Kosmo! Online semalam melaporkan, seorang lelaki Orang Asli suku kaum Bateq dikhuatiri menjadi mangsa serangan harimau ketika memancing di Sungai Aring 5.

Dalam kejadian 11.30 pagi itu, Halim dari Kampung Aring 5 sedang memancing bersama Alang sebelum dikatakan diserang haiwan liar berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI