fbpx

[VIDEO] ‘Tak masuk akal nak seksa’ – Aaron ada 9 ekor kucing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON menafikan dirinya seorang penyeksa haiwan dan menyifatkan apa yang berlaku adalah sebuah salah faham - INSTAGRAM.

PETALING JAYA – “Harap pihak produksi akan bersuara.”

Demikian kenyataan pelakon Datuk Aaron Aziz berhubung keterlanjuran tindakannya menakut-nakutkan kucing dengan meletakkan ular di atas sangkar haiwan kesayangan ramai itu.

Aaron atau nama sebenarnya, Aaron Mustapha Aziz ketika ditemui Kosmo! usai sidang akhbar program realiti, MIC ON Selebriti hari ini berkata, dia dinasihatkan peguamnya untuk tidak memberi sebarang komen lanjut berkenaan perihal terbabit.

“Saya dah dinasihatkan peguam untuk tidak bercakap apa-apa. Apa yang nak diperkatakan, semua dah ada dalam Instagram saya.

“Bukan nak cakap saya teruk dikritik netizen tapi saya ambil langkah berjaga-jaga apa akan berlaku selepas ini.

“Peguam saya cakap, lebih baik jangan cakap apa-apa. Saya dah beri keterangan (dalam video dimuat naik dalam media sosial). Saya dah bela diri dalam video yang dikongsi,” katanya.

Kata pelakon filem KL Gangster itu lagi, dia tidak mahu apa yang berlaku membebankan emosi anak-anaknya yang kian membesar.

“Saya juga fikir tentang anak-anak saya mereka semua sedang jalani peperiksaan. Seorang di Jepun. Saya tak nak mental dan emosi mereka diganggu.

“Tak masuk akal saya nak seksa (kucing). Sebab 25 tahun saya jaga kucing sendiri. Harap pihak produksi akan bersuara.

“Sebab macam saya yang letak, saya yang semua itu. Saya cuma nak pertahankan diri. Harapnya, esok ke bila-bila, siapa-siapa dari pihak produksi dapat terangkan apa sebenarnya yang berlaku,” katanya yang memiliki sembilan ekor kucing di rumah sebagai haiwan peliharaan.

Terdahulu, Aaron membuat siaran langsung dalam aplikasi TikToknya sambil melakukan aksi meletakkan haiwan liar iaitu ular di atas sangkar kucing.

Perbuatan tersebut mendapat perhatian segelintir pihak termasuk Persatuan Haiwan Malaysia yang sangat peka dengan isu penyeksaan haiwan.

Hari ini menerusi muat naik video dalam Instagram, aktor kelahiran Singpura itu mengaku salah atas tindakannya memuat naik video live memaparkan dia meletakkan seekor ular sawa berdekatan sangkar menempatkan beberapa ekor kucing.

Bagaimanapun, pelakon asal Singapura itu kesal kerana dipersalahkan tanpa usul periksa dan menegaskan bahawa, video dikongsi adalah adegan untuk sebuah penerbitan yang tidak didedahkan judul atau produksinya.

“Silap saya buat live, mungkin saya ghairah kerana kali pertama berlakon dengan ular.

“Tapi, pertanyaan saya kepada pemilik ular (berlesen) tentang keadaan kucing tidak ditunjukkan.

“Saya diberitahu ular tersebut makan arnab, bukan kucing. Tapi, memang salah saya sebab kongsi video itu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI