fbpx

Umar mampu lari bawah 46s – Zaiful

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UMAR (tengah) meraih pingat emas acara 400m Sukan SEA Kemboja 2023 dengan catatan rekod kebangsaan 46.34s di Stadium Nasional Morodok Techo semalam. - AMIR KHALID

PETALING JAYA – Pemegang rekod baharu 400 meter (m) kebangsaan, Umar Osman berpotensi menjadi pelari pertama negara mencetak masa bawah 46 saat (s) dalam acaranya itu.

Keyakinan itu disuarakan Mohd. Zaiful Zainal Abidin selepas menyaksikan rekod kebangsaan miliknya berusia 22 tahun, 46.41 saat (s) dilakukan pada Kejohanan Olahraga Remaja Asia 2001 di Brunei lebur di tangan Umar.

Atlet berusia 20 tahun itu kini memecahkan rekod tersebut dengan catatan masa menakjubkan 46.34s ketika memenangi pingat emas Sukan SEA Kemboja 2023 di Stadium Nasional Morodok Techo, Phnom Penh semalam.

“Saya sudah tunggu 22 tahun untuk lihat siapa boleh pecahkan rekod saya pada 2001. Akhirnya Umar membuktikan membuktikan kewibawaannya untuk menjadi pemegang rekod baharu.

“Saya tak terkejut sebenarnya melihat Umar meraih pingat emas dengan catatan rekod baharu kebangsaan. Ia sudah terbukti dan saya yakin tidak lama lagi dia akan menjadi atlet 400m pertama negara berlari bawah 46s.

“Memang rasa sedih rekod dipecahkan tetapi saya juga bangga kerana menjadi aspirasi kepada seseorang. Semoga kejayaan ini akan membakar semangat lebih ramai atlet lain mengikut jejaknya,” katanya.

Kejayaan Umar sememangnya kejutan terbesar kerana tidak diletakkan sebagai prospek emas tetapi berjaya menewaskan dua atlet Filipina yang meraih perak dan gangsa, Umajesty Williams (46.52s) serta Frederick Ramirez (46.63s).

Ia sekali gus menamatkan penantian 14 tahun kem olahraga negara untuk meraih emas 400m lelaki sejak kali terakhir dimenangi oleh Zafril Zuslaini sewaktu edisi 2009 di Vientiane, Laos.

Difahamkan, catatan itu sepatutnya boleh melayakkan Umar dalam kategori B ke Sukan Asia Hangzhou di China pada September depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI