fbpx

Terima kasih bahagia saya, walaupun cuma setahun – Nur Hazwanie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR perkahwinan Izzan Noorkhairuddin Noorsulizan bersama isteri Nur Hazwanie Afandi pada Januari tahun lalu.

TANGKAK – Seorang mangsa kemalangan yang maut di Kilometer 8, Jalan Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah- Jasin (AMJ), berhampiran Kesang, di sini semalam baru sahaja mendirikan rumahtangga kira-kira setahun lima bulan yang lalu.

Mangsa, Izzan Noorkhairuddin Noorsulizan, 20an, meninggalkan isterinya, Nur Hazwanie Afandi apabila dia terkorban dalam kemalangan jalan raya sewaktu menunggang motosikal.

“Assalamualaikum suami terima kasih untuk 1 tahun 5 bulan yg terindah..terima kasih menjadi suami dan anak yang baik.

“Terima kasih sebab bahagiakan insan bernama Nur Hazwanie Afandi. Terima kasih menjadi penyeri dalam rumahtangga kita. Terima kasih untuk segalanya.

“Tak terbalas jasa Abang. Lelaki terbaik dalam hidup ini. Abang akan selalu di hati sayang. Kasih sayang abang akan selalu terpahat di hati sayang,” katanya dalam hantaran di Facebook miliknya.

Tambah Nur Hazwanie, dia juga reda dan ikhlas akan pemergian suaminya walau amat sedih atas kejadian yang berlaku.

Dalam kejadian kemalangan tersebut, Izzan Noorkhairuddin disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan kaki kiri pada kira-kira pukul 9 pagi.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Tangkak, Deputi Superintendan Idris Abdul Rahman, kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa menunggang motosikal dari arah Melaka menuju ke Muar.

Beliau berkata, motosikal ditunggang mangsa kemudiannya cuba mengelak sebuah kereta Proton Saga di hadapannya namun gagal sebelum merempuh bahagian belakang.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI