fbpx

Terengganu tunggu wang royalti, baru selesai agihan bantuan banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Samsuri (dua dari kiri) memberi duit raya kepada anak kakitangan pada majlis Aidilfitri SUK terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu mengakui agihan bantuan kepada mangsa banjir masih tertunggak ekoran kelewatan pembayaran Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) atau royalti petroleum.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, agihan bantuan banjir dijanji akan dilunaskan segera sebaik bayaran penuh DKKP diterima kerajaan negeri.

“Bantuan banjir (yang masih tertunggak) hanya akan dapat diselesaikan kepada semua mangsa selepas kita menerima duit (DKKP) tersebut.

“Selain itu, kelewatan juga disebabkan kita perlu melakukan semakan teliti untuk pemutihan ekoran pertindihan tuntutan (bantuan banjir),” katanya di Wisma Darul Iman di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI