fbpx

Sumbangan RM9 juta untuk rawatan Naail telah mencukupi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar gambar adik Naail dan jumlah kutipan yang dikongsi oleh ibunya di laman Instagram

PETALING JAYA –  Kutipan dana untuk adik Wan Muhammad Naail atau Naail yang menghidap penyakit jarang jumpa, Spinal Muscular Atrophy (SMA) Type 1 telah mencukupi.

Menerusi perkongsian video di Instagram milik ibu Naail sendiri, dana sebanyak RM9 juta itu, sudah mencukupi bagi adik Naail untuk menjalani rawatan suntikan Zolgensma.

“Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah, Semua dengan izin Allah. Tunggu ‘official’ video dari kami ya,” jelas Raihan Aminz.

Difahamkan, kos rawatan bagi penyakit tersebut mencecah RM9 juta dan gambar yang dikongsikan Fattah menerusi Instagram adiknya, Raihan Amin, jelas dilihat Naail sentiasa memerlukan alat bantuan pernafasan untuk terus bernyawa.

Berdasarkan maklumat yang diberi Raihan sebelum ini,  penyakit tersebut menyebabkan otot-otot Naail semakin hari semakin lemah termasuk otot paru-paru menyebabkan Naail terpaksa bergantung pada mesin bantuan pernafasan.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian orang ramai, yang rata-ratanya bersyukur kerana kutipan dana telah mencukupi bagi membantu adik Naail menjalani rawatan yang diperlukan.

“Allahhuakbar, turut bahagia dan syukur dengan berita ini. Semoga dipermudahkan urusan rawatan dan kesembuhan baby Naail,” komen Ashimah Ahmad.

“Alhamdullilah, moga baby Naail diberi kesembuhan dan dapat hidup dengan sihat,” komen Iennah Hanie.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI