ETALING JAYA – Orang ramai mempunyai maklumat berhubung insiden sekumpulan individu menyerang sebuah kenderaan di hadapan Setapak Central Mall Kuala Lumpur pada 9 Mei 2021 diminta tampil membantu siasatan polis.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya mengesan satu video tular kejadian berkenaan berdurasi 1 minit dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter @
nanmanjoi8715.
“Berdasarkan video berkenaan, kejadian berlaku di hadapan Setapak Central Mall Kuala Lumpur pada 9 Mei 2021 jam tidak dapat dipastikan.
“Hasil semakan polis Wangsa Maju dapati masih tiada laporan polis yang diterima daripada mana-mana pihak. Kes masih di dalam siasatan pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Ashari berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat kejadian itu boleh menyalurkannya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau di mana-mana balai polis berhampiran – KOSMO! ONLINE