fbpx

Perak yakin akan ada kajian selanjutnya isu Projek PSI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAARANI (duduk lima dari kanan) bersama barisan pekerja Pejabat Menteri Besar pada Majlis Jamuan Raya Aidilfitri di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh hari ini. - Foto oleh LIYANA RAMLI/ KOSMO!

IPOH – Kerajaan negeri Perak yakin ada kajian selanjutnya yang akan dibuat bagi mengambil kira kebaikan dan keburukan kepada nelayan berikutan isu pembangunan Projek Pulau Pinang Selatan (PSI) yang akan dilaksanakan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, walaupun Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) telah meluluskan projek itu, namun seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kajian masih lagi boleh dibuat sama ada ia memberi lebih keburukan atau kebaikan kepada nelayan.

“Saya baca surat khabar pun, ada pro dan kontra. Ada sebahagian daripada nelayan yang menyokong sebab dengan siapnya projek itu, ia akan memberi lebih banyak ikan.

“Sebahagian lagi tidak menyokong bahawa dengan projek tersebut akan menyebabkan ikan lari ke tempat lain,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Menurutnya, satu kajian yang lebih konkrit perlu dibuat oleh badan bertanggungjawab tetapi bersifat neutral. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI