fbpx

Penduduk gempar anak kambing mata satu lahir di Pandan Indah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anak kambing itu berwajah seakan manusia disebabkan janggutnya. - DetikBali

JAKARTA – Kelahiran seekor anak kambing yang memiliki satu mata dan berwajah seperti manusia mengejutkan penduduk sebuah kampung di Indonesia, lapor akhbar Daily Star semalam.

Haiwan itu dilahirkan di Pandan Indah, daerah Lombok Tengah dan merupakan salah satu daripada dua anak kambing yang dilahirkan oleh seekor induk pada 7 Mei lalu.

Bentuk badan salah seekor daripadanya adalah normal, manakala seekor lagi kelihatan seakanp-akan manusia disebabkan janggutnya.

Jiran kepada pemilik kambing itu, Masdar Fardi, 26, berkata: “Kambing bermata satu itu agak pelik, tidak berbulu dan warnanya juga pelik.

“Wajahnya malah kelihatan seperti manusia disebabkan janggutnya,” katanya.

Anak kambing bermata satu itu kemudian dilaporkan mati 20 minit selepas ia dilahirkan, tetapi penduduk tempat sempat melihatnya.

Sejurus selepas kematiannya, pemilik haiwan itu, Suprapto, 30, menanamnya dalam tanah. 

“Malam tadi (7 Mei), ramai penduduk ingin melihat kambing bermata satu. Malah penduduk dari Kampung Kabul datang melihat anak kambing itu,” tambah Masdar.

Menurut Ketua Agensi Pertanian Lombok Tengah, Taufikurrahman Puanote, anak kambing itu mengalami cyclopia iaitu sejenis kecacatan yang jarang berlaku. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI