fbpx

Pendaki Gunung Tahan patah kaki dibawa ke hospital naik helikopter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pendaki yang patah kaki kanannya menaiki helikopter ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut semalam. FOTO IHSAN UNIT UDARA JBPM

GUA MUSANG – Seorang pendaki terpaksa menggunakan bantuan helikopter Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk turun dari Gunung Tahan, Merapoh di Pahang selepas mengalami kecederaan patah kaki kanan, semalam.

Mangsa, Islahudian Abd. Rahim, 41, dibawa dari puncak Gunung Tahan menggunakan pesawat Agusta Westland 139 (AW139) untuk rawatan lanjut di Hospital Gua Musang di sini.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM Pangkalan Udara Wilayah Tengah Subang, Selangor, Timbalan Penguasa Bomba II, Mohd. Hasrizal Kamaruzzaman, pesawat berlepas dari Pangkalan Udara Wilayah Tengah, Subang, Selangor pada pukul 4.20 petang.

Katanya, helikopter AW139 tiba di puncak Gunung Tahan untuk mengambil pesakit pada pukul 5.20 petang.

“Pesakit dipercayai menaiki Gunung Tahan secara berkumpulan iaitu empat orang yang terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita. Mereka menaiki gunung melalui Merapoh dan dijangka turun melalui Gunung Tahan.

“Apabila sampai di laluan menurun di Gedong, mangsa didapati patah kaki kanan dan sukar untuk berjalan. Mangsa dibawa ke puncak Gunung Tahan untuk mendapatkan bantuan menyelamatkan dari udara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Hasrizal memberitahu, pesawat mendarat di Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang pada pukul 5.40 petang dan mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang di sini dengan ambulans. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI