fbpx

Aaron Aziz pecinta kucing, tidak mungkin zalimi haiwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar siaran secara langsung di aplikasiTikTok milik Aaron Aziz.

PETALING JAYA – Terpalit dengan isu tidak cakna dengan keselamatan haiwan, pelakon terkenal Aaron Aziz tampil memberi penjelasan melibatkan dirinya.

Menerusi satu video yang dibuat oleh Aaron Aziz di instagram miliknya, dia menafikan sekeras-kerasnya, bukan dia yang meletakkan ular di atas sangkar kucing terbabit.

Dia juga berulang kali bertanya kepada pemilik ular yang mempunyai lesen berkenaan keadaan kucing di dalam sangkar tersebut kerana risau.

“Kucing macam mana? kucing macam mana? kucing takut atau tidak? akan ganggu kucing ke tidak? tetapi kata pemilik ular adalah tidak, sebab ular itu hanya makan arnab,” katanya.

Tambah Aaron, matanya sentiasa melihat ke arah kucing-kucing yang ada di dalam sangkar, dan sentiasa perhatikan gerak geri kucing.

Aaron Aziz juga turut memberitahu, ular sawa itu bukan miliknya dan semua 11 orang yang ada di situ, menjaga kebajikan kucing dan juga ular.

“Perkara yang korang tidak nampak di dalam video itu, adalah saya sentiasa tanya, kucing okey atau pun tidak,” jelas Aaron.

Menurut Aaron tidak mungkin untuk dirinya menzalimi kucing kerana dia sendiri mempunyai sembilan ekor kucing dan merupakan salah seorang pencinta kucing.

Sebelum ini tular di aplikasi Instagram, apabila dia ditegur tidak cakna dengan keselamatan haiwan terbabit dan tampil membuat video maaf beserta penjelasan berkenaan perkara itu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI