fbpx

Pahang jamin kadar cukai tanah tidak dinaikkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

KUANTAN – Kerajaan negeri tidak akan menaikkan kadar cukai tanah dalam tempoh lima tahun meskipun dalam usaha meningkatkan hasil cukai negeri.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, dalam meningkatkan hasil cukai tanah pihaknya akan menggandakan usaha dalam melakukan kutipan hasil berulang.

“Saya beri jaminan di dewan yang mulia ini bahawa tidak ada cadangan menaikkan cukai tanah dalam masa lima tahun, ini adalah jaminan Kerajaan Negeri.

“Apakah cadangan-cadangan yang akan kita laksanakan kerana kita tidak boleh ‘maintain’ kekalkan dengan status quo. Kita tahu kenaikan gaji, barang naik dan pertambahan penjawat awam dan sebagainya  jadi kerajaan Negeri kena berusaha untuk mempertingkatkan lagi hasil untuk Kerajaan Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Chan Chun Kuang (PKR- Semambu) pada sesi Pertanyaan Lisan sempena Mesyuarat Pertama Penggal Ke-2 Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Dalam pada itu Wan Rosdy dalam masa sama turut memperincikan kutipan hasil negeri sehingga Disember 2022 yang mencecah RM1.288 bilion.

Katanya, kutipan hasil tanah merekodkan kutipan tertinggi sebanyak RM754.8 juta diikuti hasil hutan (RM134.18 juta), air (RM23.85 juta), lain-lain hasil (RM284.15 juta) dan geran persekutuan (RM91.02 juta).-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI