fbpx

Maqis Johor rampas tanaman hiasan bernilai RM132,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAQIS Johor menahan 17 jenis tanaman hiasan bernilai RM132,000 yang dibawa masuk ke Malaysia dari China tanpa permit import sah di Pelabuhan Tanjung Pelepas, semalam.

ISKANDAR PUTERI – Tanaman hiasan bernilai RM132,000 yang cuba dibawa masuk ke negara ini secara tidak sah disita Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), di sini, semalam.

Maqis dalam satu kenyataan berkata, dalam kejadian pada pukul 11.18 pagi itu, sejumlah 17 jenis tanaman seberat 11,036 kilogram ditemui dibawa masuk dari negara China.

“Hasil pemeriksaan turut mendapati pihak pengimport gagal mengemukakan permit import Maqis yang sah dan telah ditahan untuk tindakan lanjut,” jelas kenyataan itu.

Tambahnya, perbuatan mengimport apa-apa jenis keluaran pertanian tanpa permit import Maqis adalah salah di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(1) Akta yang sama.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI