fbpx

Malaysia akur hilang emas acara baling tukul besi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JACKIE terpaksa merelakan pingat emas diberikan kepada Kittipong selepas balingan yang dilakukan 'salah kira' oleh pegawai pertandingan Sukan SEA Kemboja 2023 kelmarin.

KONTINJEN Malaysia terpaksa akur selepas gagal dalam proses rayuan membabitkan kontroversi pingat jaguh baling tukul besi lelaki negara, Jackie Wong yang dikatakan dirompak pada Sukan SEA Kemboja 2023 kali ini.

Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia, Datuk Mohd Nasir Ali berkata, pihaknya sudah melakukan dua bantahan iaitu menerusi Jackie dan protes bertulis pengurus pasukan, Datuk R. Annamalai tetapi kedua-dua rayuan itu ditolak penganjur.

Kata Mohd. Nasir, Jackie pula sudah naik podium menerima pingat perak terbabit, sekali gus menyaksikan seteru utama dari Thailand, Kittipong Boonmawan meraih pingat emas.

“Kita sudah buat apa yang perlu dilakuan (protes). Lagi pun semalam kita sudah terima pingat, jika nak pertikai, kita dah pun terima pingat,  jadi kiranya kita sudah terima keputusan (pemenang acara baling tukul besi lelaki),” katanya.

Pada saingan itu, Jackie terpaksa merelakan pingat emas diberikan kepada Kittipong selepas balingan yang dilakukan ‘salah kira’ oleh pegawai pertandingan.

Walaupun kemenangan Kittipong mendapat bantahan daripada kem Malaysia, namun juri tetap dengan keputusan bahawa Jackie mengakhiri saingan di tempat kedua menerusi lontaran sejauh 64.2 meter (m).

Kittipong membawa pulang emas selepas mencatatkan lontaran sejauh 64.49 m manakala  seorang lagi wakil Malaysia, Sadat Maryuqi Ajisan melengkapkan kedudukan podium dengan balingan 59.76m.

Sebagai rekod, Jackie merupakan juara acara baling tukul besi pada edisi 2021 di Vietnam selepas melakukan balingan sejauh 66.49m untuk memastikan pingat emas milik negara.

Situasi sama sebenarnya berlaku bagi penentuan pingat gangsa acara baling tukul besi wanita apabila wakil dari Thailand, Panwat Gimsrang turut tidak berpuas apabila tempat ketiga diberikan kepada peserta Malaysia, Nurul Hidayah Lukman.

Namun, mujur selepas menyemak kembali jarak balingan mendapati keputusan Nurul Hidayah memenangi gangsa tidak berubah sekali gus melegakan kem olahraga negara.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI