fbpx

Lelaki perwatakan wanita luah kecewa ditinggalkan kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang lelaki berperwatakan wanita meluahkan kekecewaan di media sosial difahamkan selepas ditinggalkan oleh teman lelakinya sendiri.

Menerusi perkongsian tersebut di Facebook yang tular ketika ini, seorang lelaki yang didakwa menggunakan nama Naz telah lari bersama pasangan lain.

Tangkap layar hantaran yang dilakukan lelaki tersebut di Facebook yang tular ketika ini.

“Jangan ingat kau boleh terlepas dan bahagia dengan orang lain, tinggalkan aku macam tu sahaja. Sedangkan aku merana, sakit, sedih ditipu kamu sebegini.Kau ingat senang ke aku nak ‘moveon’,” tulis individu tersebut.

Malah terdapat satu hantaran terbaharu yang menyatakan bekas teman lelakinya itu telah menemui pengganti selepas mereka berdua berpisah tidak sampai tempoh dua minggu.

“Aku tak akan biarkan kau bahagia di atas penderitaan orang lain, belum sampai dua minggu berpisah sudah ada pengganti. Sia-saia sahaja pengorbanan aku selama dua tahun,” ujarnya lagi.

Rata-rata pengguna media sosial yang telah lama mengikuti hubungan kedua-kedua lelaki tersebut turut meluahkan rasa geli hati dan kekecewaan mereka di media sosial.

“Aku juga kesal dengan hubungan kamu berdua, kesal bukan sebab perpisahan tetapi kesal kamu berdua berhubungan selama ini,” kata seorang pengguna media sosial.

“Tak apa la kalau macam tu, sila ‘move on’ tak ada apa yang nak disedihkan, ramai lagi pasangan yang ‘betul’ untuk anda pilih diluar sana,” kata Mat Ju Terah. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI