fbpx

Kutipan hasil LHDN pada tahap memberangsangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Nizom bercakap pada pemberita ketika ditemui pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri LHDN di Cyberjaya hari ini.-FOTO FAISOL MUSTAPA

CYBERJAYA- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) optimis untuk mencapai jumlah kutipan hasil yang disasar berdasarkan trend ketika ini berada pada tahap memberangsangkan.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr. Mohd Nizom Sairi berkata, beliau berharap jumlah kutipan hasil itu dapat direalisasikan menjelang akhir tahun ini, malah boleh melebihi apa yang disasar.

“Ketika ini (kutipan) berada pada tahap memberangsangkan dan saya ucap terima kasih kepada pembayar cukai yang terus mengekalkan tahap pematuhan yang baik.

“Memang kita jangka sasaran seperti yang ditetapkan di dalam bajet akan dapat dicapai dan kita harap mudah-mudahan ada lebih lagi daripada itu.

“Seperti Timbalan Menteri umum, ia melebihi daripada 20 peratus dari hari ke hari berbanding tahun lalu,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri LHDN 2023 di Menara HASiL hari ini.

Pada 28 April lalu, media melaporkan LHDN menyasarkan mencapai kutipan hasil yang lebih tinggi pada tahun ini berjumlah RM176.14 bilion selepas melakar pencapaian terbaik dalam sejarah dengan kutipan mencecah RM175 bilion pada 2022. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI