fbpx

Sukan SEA Kemboja 2023: Kuartet renang negara pecah rekod kebangsaan, raih perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khiew Hoe Yean menjadi salah seorang perenang negara dalam kuartet 4x100m gaya bebas lelaki sebentar tadi. - Foto oleh AMIR KHALID

PHNOM PENH – Kuartet renang lelaki negara mempamerkan prestasi cemerlang selepas memecahkan rekod kebangsaan dalam acara 4×100 meter (m) gaya bebas di Sukan SEA Kemboja 2023 di Pusat Akuatik, Morodok Techo sebentar tadi.

Perenang negara yang dibarisi Khiew Hoe Yean, Arvin Shaun, Lim Yin Chuen dan Terrence Ng mencatat masa 3:20.61 saat (s) sekali gus meraih pingat perak buat kontinjen Malaysia.

Catatan tersebut memadam rekod lama 3:21.06s yang dilakar Keith Lim Kit Sern, Welson Sim, Chan Jie dan Foong Wei Tze ketika Sukan Asia 2018 di Indonesia.

Seperti dijangka, pingat emas dimenangi kuartet Singapura yang melakukan catatan 3:17.35s manakala gangsa milik Vietnam dengan catatan masa 3:21.09s. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI