fbpx

Sukan SEA Kemboja 2023: Jing Xuen pahat sejarah sambar emas ke-21

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NG Jing Xuen memahat sejarah memenangi pingat emas golf individu wanita pada Sukan SEA 2023. - Foto ihsan MGA

PHNOM PENH – Atlet golf remaja negara, Ng Jing Xuen melakar sejarah tersendiri apabila menjadi pemain golf pertama negara menang emas individu wanita di Sukan SEA Kemboja 2023 sebentar tadi.

Jing Xuen mengatasi pemain pilihan dari Thailand, Eila Galitsky pada lubang pertama playoff untuk penentuan pingat emas di lapangan Kelab Golf Garden City, Phnom Penh.

Pada saingan itu, Jing Xuen yang berusia 15 tahun ketinggalan satu pukulan di belakang Galitsky pada permulaan pusingan telah melakukan lima bawah par 67 untuk keseluruhan 13 bawah par 203 pukulan.

Jing Xuen berjaya mengheret perlawanan ke pusingan playoff selepas Galitsky sekadar mencatat empat bawah par 68 pukulan.

Rakan sepasukan, Foong Zi Yu turut meraih gangsa untuk negara selepas turut melakukan 67 pukulan pada pusingan terakhir dan mengumpul 208 pukulan keseluruhan.

“Saya baru sahaja menang pingat emas buat Malaysia. Terima kasih diucapkan kepada Persatuan Golf Malaysia (MGA) kerana beri peluang kepada saya beraksi pada temasya Sukan SEA. Ini adalah diluar jangkaan,” katanya secara ringkas.

Kali terakhir Malaysia memenangi emas kategori wanita adalah menerusi trio Lim Ai Lian, Lim Siew Ai dan Irene Yeoh untuk emas acara berpasukan pada edisi 1993 di Singapura. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI