fbpx

Janna Nick, Dini Schatzmann nikah di Langkawi 10 Jun?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JANNA dan Dini dikatakan bakal bernikah pada 10 Jun ini.

PETALING JAYA – Desas-desas pelakon Janna Nick bakal mengakhiri zaman bujang bersama kekasih hatinya yang juga aktor, Dini Schatzmann kini semakin hangat apabila dikatakan bakal bernikah pada 10 Jun ini.

Tambah menyakinkan, kedua-dua selebriti itu difahamkan memilih sebuah resort mewah di Pantai Cenang Langkawi sebagai lokasi hari bersejarah mereka pada 10 Jun depan.

Sumber turut menjelaskan bahawa pihak aktres asal Sungai Petani itu telah hadir ke Pejabat Agama Daerah Langkawi bagi menghantar borang pernikahan.

Bagaimanapun, difahamkan majlis pernikahan di resort ekslusif tersebut diadakan secara tertutup serta hanya dihadiri keluarga terdekat.

Sebelum ini, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 28, mengejutkan ramai apabila mencetuskan spekulasi dengan memberi bayangan cinta bersama Dini telah hancur yang dikongsi dalam hantaran Instagram.

Menguatkan lagi spekulasi putus cinta adalah apabila sekitar November tahun lalu dia dikatakan membawa diri dengan bercuti di Eropah.

Malah, kekasihnya yang juga aktor berdarah kacukan Melayu-Switzerland itu enggan mengulas lanjut berhubung spekulasi berkenaan.

Sebaliknya Dini, 29, hanya menyatakan mereka bakal membuat pengumuman mengenai satu perkara penting ketika ditemui media pada akhir Februari lalu.

Dakwaan ini sekali gus membuktikan pasangan itu belum bernikah di Selatan Thailand seperti yang didakwa pihak sebelum ini.

Percubaan Kosmo! untuk mendapatkan respons kedua-dua pelakon itu bagaimanapun belum berjaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI