SELEPAS kemasukan anggota N. Flying, Cha Hun dalam latihan wajib ketenteraan, kini tiba giliran penyanyi Seo Dong-sung untuk melakukan perkara sama.
Ahli kumpulan N. Flying itu memasuki kem bagi melengkapkan latihan asas ketenteraan.
Perkara tersebut dimaklumkan pengurusnya, FNC Entertainment dalam laman sosial.
“Seo Dong-sung akan mendaftar pada 8 Mei dan menunaikan tugas ketenteraannya.
“Pada hari pendaftarannya, tidak akan ada acara rasmi yang berasingan untuk mengurangkan kesesakan di pusat pendaftaran,” kata wakil FNC Entertainment.
Selain Dong-sung, anggota N. Flying lain, Kim Jaehyun juga bakal mendaftarkan diri dalam ketenteraan berwajib pada 25 Mei nanti.