fbpx

Fon kepala mesra pekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fon kepala di bawah siri Jabra Evolve2 merupakan solusi bagi merapatkan jurang generasi dan teknologi dalam kalangan tenaga kerja.

GAYA kerja hibrid merupakan antara impak yang masih kekal dalam sektor pekerjaan masa kini susulan pandemik Covid-19.

Bukan sahaja lebih memudahkan, malah ia membolehkan pekerja melakukan tugas di mana-mana sahaja, sekali gus menjadikan mereka lebih produktif.

Kajian oleh Global Report yang diterbitkan pada tahun 2022 oleh Jabra, Hybrid Ways of Working mendapati bahawa 80 peratus sidang mesyuarat dilaksanakan sama ada dalam bentuk online sepenuhnya atau hibrid.

Menurut laporan itu, warga ‘native’ hibrid seperti golongan gen Z menganggap komputer riba, set kepala, dan tempat-tempat yang mempunyai sambungan internet yang baik sebagai ‘pejabat’ mereka.

Kajian itu juga mendapati, 37 peratus pekerja global menyatakan bahawa mereka sering berasa ketinggalan dalam sidang mesyuarat hibrid.

Menariknya, hanya tiga daripada 10 pekerja pejabat didapati sentiasa menggunakan peranti audio dan video luaran untuk kerja mereka.

Bersandar kepada laporan itu, jenama produk elektronik dan audio, Jabra memperkenalkan produk baharu dalam rangkaian terkemuka set kepala dan pembesar suara untuk kegunaan persidangan.

Produk yang dihasilkan di bawah siri Jabra Evolve2 itu merupakan solusi bagi merapatkan jurang generasi dan teknologi dalam kalangan tenaga kerja dan usaha ke arah penghasilan kualiti audio yang lebih baik.

Siri berkenaan menyaksikan tambahan tiga set kepala peringkat pertengahan yang baharu termasuklah Jabra Evolve2 65 Flex, Evolve2 50 dan Evolve2 55 yang menyokong kerja dari mana-mana sahaja.

FON kepala Jabra Evolve2 baharu direka untuk memperkasakan pengguna dengan ciri-ciri paling bermanfaat dan profesional.

Sementara itu, Jabra memperkenalkan siri fon pembesar suara Jabra Speak2 75, Speak2 55 dan Speak2 40 yang menawarkan kemudahan pergerakan, kejelasan serta kualiti bunyi.

Menurut Pengurus Pemasaran Produk Serantau APAC Jabra, Agnes Koh, peralatan audio yang baharu itu berupaya menyokong kerja hibrid dengan membawakan gaya fleksibel ke tahap lebih tinggi.

“Ia membolehkan pekerja pejabat moden melaksanakan kerja mereka melalui cara paling produktif dengan penampilan dan bunyi yang bertaraf profesional.

“Dengan rekaan semula rangkaian audio profesional utama kami iaitu Evolve2 dan Speak2, kami menyokong generasi pekerja fleksibel masa kini dengan pengalaman yang dioptimalkan.

“Ia mampu membantu meningkatkan prestasi mereka dalam mana-mana persidangan hibrid,” ujarnya.

Fon kepala Evolve2 baharu direka untuk memperkasakan pengguna dengan ciri-ciri yang paling bermanfaat dan profesional.

Alat berkenaan mampu melindungi zon tumpuan dan membolehkan pengguna menerima panggilan serta menyertai mesyuarat walau di mana mereka berada.

Menerusi Evolve2, pengguna tidak perlu menukar set kepala ketika waktu rehat kerana ia mengoptimakan bunyi untuk panggilan profesional dan muzik.

Jabra Evolve2 65 Flex mempunyai reka bentuk unik fold-and-go dengan cekak kepala berengsel yang boleh dilipat, earcup lebih nipis dan ‘lengan boom’ lebih pendek.

Cipset dan teknologi pembatalan hingar membawakan Pembatalan Hingar Aktif Hibrid (ANC) dan earcup memory foam.

Padanan itu membantu menghalang lebih banyak bunyi persekitaran.

Jabra juga membawakan ANC dalam rangkaian set kepala profesional dengan pilihan tanpa wayar, Evolve2 55 dan versi berwayar, Evolve2 50.

Produk Evolve2 Mid Range diiktiraf untuk semua platform persidangan maya terkemuka seperti Microsoft Teams, Google Meet dan Zoom.

Rangkaian Speak2 baharu direka khusus untuk memenuhi keperluan bagi pembesar suara pintar. Ia direka untuk mengendalikan apa sahaja yang perlu dihadapi dalam kesibukan kerja hibrid.

Rangkaian Speak2 direka supaya melangkaui standard prestasi fon pembesar suara dan audio full duplex yang sesuai kepada semua peserta persidangan supaya mereka bukan hanya dapat didengar, tetapi diberi perhatian.

Speak2 75 seumpama bilik mesyuarat dalam poket anda. Satu-satunya fon pembesar suara dalam rangkaian itu yang menampilkan Penunjuk Kualiti Mikrofon yang direka khas.

Speak2 40 pula menawarkan talian langsung menerusi kabel USB kepada pengguna. Sementara Speak2 75 atau Speak2 55 pula memberikan pilihan penggunaan secara tanpa wayar menerusi Bluetooth.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI