fbpx

Enam kontena arak tidak sempat diseludup ke Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORLELA (tiga dari kiri) menunjukkan barang rampasan di Wisma JKDM, Ayer Keroh, Melaka. - Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI

MELAKA – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Melaka berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan minuman keras dan rokok bernilai RM6.5 juta bagi tempoh Disember 2022 hingga Mei tahun ini.

Pengarahnya, Norlela Ismail berkata, rampasan terbesar membabitkan enam buah kontena yang mengandungi 131,232 liter minuman keras pelbagai jenama pada 2 Disember tahun lepas.

Katanya, nilai keseluruhan rampasan termasuk duti dianggarkan berjumlah RM3.64 juta.

“JKDM Melaka dengan bantuan anggota cawangan risikan zon selatan telah berjaya mematahkan cubaan menyeludup minuman keras membabitkan enam kontena bersaiz 40 kaki di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah, Johor.

“Pemeriksaan awal mendapati kontena tersebut yang dieksport dari China melakukan transit di Johor sebelum diimport ke Pelabuhan Kota Kinabalu, Sabah,” katanya dalam sidang akhbar JKDM Melaka di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Norlela berkata, rampasan kedua terbesar melibatkan 3.2 juta batang rokok dengan nilai keseluruhan termasuk cukai berjumlah RM2.13 juta.

Menurutnya, pihaknya berjaya mematahkan cubaan menyeludup rokok tidak berkastam yang menggunakan sebuah lori jenis Isuzu di Besut, Terengganu pada 9 Januari lalu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI