fbpx

Dikritik taja program hiburan, Aeril tenang ditegur netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASANGAN selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal dikritik netizen kerana melabur jutaan ringgit untuk menaja program hiburan.

PETALING JAYA – Gara-gara melabur sehingga jutaan ringgit untuk menaja program nyanyian, Big Stage musim kelima (BS5), pasangan selebritri Wawa Zainal dan suami, Aeril Zafrel teruk dikritik netizen kerana sanggup ‘menabur’ duit untuk program berbentuk hiburan.

Menerusi beberapa komen netizen yang dikongsikan Aeril dalam Instagram, dia dan isterinya dikatakan pasangan yang ‘rugi’ kerana menaja sebuah program yang dianggap tidak berfaedah.

Sekadar mahu membetulkan tanggapan segelintir masyarakat, Aeril dengan hati terbuka dan berterima kasih tampil berkongsi kenyataan apabila memberitahu tujuannya menaja BS5 juga adalah demi kelangsungan rezeki peniaga yang menjual produk kosmetik jenamanya.

“Alhamdulillah terima kasih atas teguran. Kami berdua menerima dengan hati terbuka. Terima kasih kerana saling mengingati.

“Sebagai peniaga, kami memang harus keluarkan modal untuk marketing (pemasaran). Mungkin ada yang tidak faham, sebagai peniaga, marketing ini perlu bagi membantu penjual (reseller) kami meningkatkan jualan sekali gus membantu menaiktaraf kehidupan mereka,” jelasnya.

Menyentuh tentang amalan (dosa dan pahala), pelakon berusia 35 tahun itu enggan bercakap panjang lebar mengenainya kerana perkara tersebut adalah antara dirinya dan juga Tuhan.

Kata bapa kepada empat orang cahaya mata itu lagi, dia memilih untuk tidak berkongsi segala amalan yang dilakukan dalam laman sosial kerana merasakan tiada keperluan untuk dia berbuat demikian.

“Mengenai amalan, biarlah antara saya dengan Tuhan. Bukan fokus utama kami untuk selalu berkongsi (amalan) dalam laman sosial.

“Apa-apa pun, semoga kita sama-sama mendapat syurga Allah SWT kerana setiap orang mempunyai cara dan ‘tiket’ pintu syurga mereka sendiri,” katanya.

Terdahulu, Wawa dan Aeril dilaporkan berhabis jutaan ringgit demi menaja BS5 menerusi perniagaan diasaskan mereka, Wawa Cosmetics.

Pembabitan suami isteri dalam program tersebut sekali gus menjadikan mereka sebagai artis pertama yang menaja BS5 yang sebelum ini dimonopoli oleh usahawan kosmetik.

Wawa, 32, atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin berkata, dia teruja apabila dipelawa menjadi penaja utama kerana beranggapan Big Stage adalah program yang kian dikenali dan mempunyai pengikut tersendiri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI