fbpx

AC Milan miliki peluang besar ke final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD Milan giat menjalani latihan menjelang aksi derbi menentang Inter Milan pada aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara di Stadium San Siro awal pagi esok.

MILAN – Pemain pertahanan AC Milan, Fikayo Tomori sudah tidak sabar untuk beraksi dalam pertemuan derbi menjelang separuh akhir pertama Liga Juara-Juara menentang Inter Milan di San Siro awal pagi esok.

Pemain antarabangsa England itu bakal dijulang sebagai legenda Milan, sebaris dengan Paolo Maldini, Alessandro Nesta dan Franco Baresi sekiranya dia mampu membantu pasukan tersebut menamatkan penantian trofi Liga Juara-Juara sejak 2007.

Bagaimanapun, Tomori enggan terlalu memikirkan status tersebut, sebaliknya dia hanya mahu memberikan sepenuh tumpuan terhadap aksi separuh akhir menentang Inter Milan terlebih dahulu sebelum meletakkan sasaran lebih jauh.

“Siapa sangka kita dapat me­nyaksikan aksi derbi pada separuh akhir Liga Juara-Juara. Saya tidak fikir ada perlawanan lebih besar berbanding pertemuan antara Milan dan Inter Rabu nanti (awal pagi esok).

“Saya tahu kami tidak akan ada sebarang masalah untuk bertemu pasukan terbaik di Eropah kerana Milan sendiri adalah antara gergasi bola sepak di rantau ini. Saya yakin Milan ada peluang untuk ke final,” katanya.

Sementara itu, penyerang Rossoneri, Olivier Giroud mengakui, dia memiliki keyakinan cukup tinggi untuk merobek pintu gol Inter awal pagi esok ke­rana sudah menjaringkan tiga gol dalam tiga perlawanan menentang pasukan tersebut.

“San Siro adalah tempat yang sangat istimewa, lebih-lebih lagi dalam saingan Liga Juara-Juara yang cukup berprestij. Dalam Serie A, saya pernah menjaringkan tiga gol bertemu Inter, jadi saya memiliki statistik cukup baik menentang mereka,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI