fbpx

264 basikal elektrik China tanpa duti RM742,479 disita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORLELA (dua dari kiri) melihat basikal elektrik yang disita pada sidang akhbar di Wisma JKDM Melaka, Ayer Keroh, Melaka. - Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI

MELAKA – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Melaka merampas sebanyak 264 buah basikal elektrik dari China yang tidak diluluskan membabitkan nilai duti berjumlah RM742,479.53.

Pengarahnya, Norlela Ismail berkata, rampasan itu merupakan hasil serbuan yang dilakukan di sebuah syarikat pembekal komponen basikal di kawasan perindustrian Tasik Utama di sini pada Februari lalu.

Menurut beliau, syarikat berkenaan mengisytiharkan dagangan import sebagai komponen basikal tetapi setelah diperiksa mereka membawa masuk basikal elektrik yang telah lengkap.

“Kes ini merupakan yang pertama berlaku di Melaka, syarikat tersebut telah beroperasi sejak lima tahun lalu dan bekalan diperolehi dari China. Bekalan dibawa masuk melalui Pelabuhan Klang dan serbuan dilakukan di Tasik Utama,” katanya dalam sidang akhbar JKDM Melaka di sini, hari ini.

Tambahnya, seorang lelaki tempatan berusia 50-an yang merupakan pengurus besar dan dipercayai pemilik syarikat turut ditahan bagi membantu siasatan.

Mengulas lanjut beliau berkata, basikal elektrik itu diklasifikasikan sebagai dagangan larangan di bawah Butiran 7, Jadual Kedua/ Bahagian II, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2022.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 133(1)(a) yang memperuntukan denda maksimum RM500,000 atau penjara tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya sekali.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI