fbpx

11 syarikat konsesi sedia laksana sistem bayaran tol terbuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alexander Nanta (tiga kanan) bersama Pengarah Urusan Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), Datuk Nik Airina Nik Jaffar (empat kanan) ketika melakukan lawatan ke Pusat Pemantauan Trafik (TMC) di Persada PLUS. Foto oleh FARIZ RUSADIO/ KOSMO!

PETALING JAYA – Kira-kira 11 syarikat konsesi bersetuju untuk turut serta dalam pelaksanaan sistem pembayaran terbuka yang akan bermula September ini.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata, tempoh pelaksanaan yang ditetapkan itu turut mengambil kira tahap keselamatan sistem yang membolehkan pengguna membayar tol menggunakan kad debit dan kredit itu.

“Seperti mana yang kita sedia maklum, ia akan dilaksanakan di 11 tol September ini, dan kita harap akan ada lagi syarikat yang tampil untuk bersama.

“Kita nak pastikan risiko keselamatan diminimakan sebab tu perbincangan mengambil masa.

“Tujuannya supaya isu-isu atau masalah tidak berlaku sebab tu ia tidak dilaksanakan tergesa-gesa,” katanya ketika mengadakan lawatan kerja ke Pusat Pemantauan Trafik PLUS Malaysia Berhad (PLUS), petang ini.

Sebelumnya media melaporkan, kerajaan memutuskan untuk memulakan sistem pembayaran tol terbuka hanya melibatkan lima lebuh raya di seluruh negara terlebih dahulu.

Tujuannya adalah bagi memastikan sistem itu dapat berfungsi dengan baik sebelum ia diperluaskan ke lebuh raya yang lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI