fbpx

Zambry hadiri tiga mesyuarat persediaan pra-Sidang Kemuncak ASEAN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zambry (kiri) menyertai tiga mesyuarat persediaan menjelang Sidang Kemuncak ASEAN Ke-42 di Labuan Bajo, Indonesia hari ini.

PUTRAJAYA – Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir menyertai tiga mesyuarat persediaan menjelang Sidang Kemuncak ASEAN Ke-42 di Labuan Bajo, Indonesia pagi tadi.

Zambry menerusi hantaran di laman sosialnya berkata, mesyuarat berkenaan dianjurkan Sekretariat ASEAN yang bertempat di Hotel Ayana Komodo, Labuan Bajo, Wilayah Nusa Tenggara Timur.

Ia meliputi Mesyuarat Menteri Luar Negeri ASEAN, Mesyuarat Majlis Komuniti Politik dan Keselamatan ASEAN Ke-26 serta Mesyuarat Majlis Penyelarasan ASEAN Ke-33.

Tiga sesi mesyuarat itu dipengerusikan oleh Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi selaku Pengerusi ASEAN 2023 dan turut disertai Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Kao Kim Hourn.

“Tiga mesyuarat persediaan adalah penting bagi membolehkan Menteri-Menteri Luar membincangkan pelbagai isu dan mengesahkan draf laporan.

“Kami juga akan mempertimbangkan banyak dokumen berkaitan yang akan dikemukakan untuk keputusan muktamad para pemimpin ASEAN pada Sidang Kemuncak,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI