PETALING JAYA – Kesantunan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang mengelak untuk melangkah plak peringatan di Westminster Abbey menarik perhatian orang ramai.
Rakaman memaparkan seri paduka baginda berdua ketika berjalan di tepi plak peringatan itu ketika hadir pada majlis pertabalan Charles III dan isterinya, Camilla, sebagai raja dan permaisuri United Kingdom, baru-baru ini, turut tular di media sosial.
Difahamkan plak peringatan tersebut memaparkan nama-nama besar negara itu yang disemadikan di satu ruangan di bawah lantai dewan.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan Raja Charles III selamat dimahkotakan dalam majlis diraja yang disaksikan beratus-ratus tetamu berprofil tinggi di gereja Westminster Abbey, London, Sabtu lalu.
Detik paling penting istiadat pertabalan menyaksikan Paderi Besar Canterbury, Justin Webly memakaikan Mahkota St. Edward berusia 360 tahun di kepala Raja Charles III.
Raja Charles III diangkat menjadi raja selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II pada September tahun lalu. – KOSMO! ONLINE
Rakaman yang menunjukkan YDPA & Permaisuri Agong mengelak daripada melangkah plak peringatan di Westminster Abbey. pic.twitter.com/i0WSW9a8r7
— Samudera.my (@MySamudera) May 9, 2023