fbpx

Tiada beg plastik termasuk warung tepi jalan pada 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Nazmi ketika menerima beg kitar semula Madani sebagai simbolik pelancaran kempen tersebut di Wisma 99 Speedmart, Klang hari ini. Foto oleh SADDAM YUSOFF/ KOSMO!

KLANG – Kerajaan menyasarkan tiada lagi penggunaan beg plastik di semua premis seluruh negara pada tahun 2025.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pelaksanaan dibuat secara berfasa daripada premis tetap sebelum beransur-ansur terhadap premis perniagaan termasuk warung tepi jalan.

Katanya, langkah menyeluruh ini agar semua sektor turut serta bagi memastikan sifar penggunaan plastik supaya negara lebih bersih dan sihat menjelang 2030.

“Cuma cara pelaksanaan dan sebagainya (kadar caj yang dikenakan dan kekerapan serahan kutipan) kita telah memberikan ruang kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan kerana mereka ada konteks tersendiri.

“Sebarang pendekatan kita bukan hanya denda sebalik ada insentif dalam mengalakkan peralihan dengan perinciannya akan diumumkan dari masa ke semasa,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Madani beg kitar semula dan kempen tanpa beg plastik di Wisma 99 Speed Mart di sini, hari ini.

Pada majlis tersebut, Nik Nazmi turut menyasikan penyerahan sijil pengiktirafan Pencapaian Platinum GreenRE Standard yang disampaikan Pengarah GreenRe Sdn. Bhd. kepada Pengarah Urusan 99 Speed Mart Sdn. Bhd., Lee Thiam Wah.

Nik Nazmi memberitahu, empat negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Johor, dan Negeri Sembilan lebih ke hadapan dalam kempen tersebut.

Ujarnya, kempen bebas plastik ini adalah merupakan salah satu pelan jangka panjang kerajaan dalam menangani isu pencemaran sisa plastik sekali guna
di Malaysia.

“Sampah plastik merupakan salah satu masalah besar di negara ini malah Malaysia berada di antara sepuluh negara di dunia yang berdepan masalah sampah plastik tidak terurus.

“Berdasarkan laporan World Wildlife Fund (WWF), anggaran penggunaan bungkusan plastik makanan sahaja di Malaysia telah mencecah 148,000 metrik tan, bagi tahun 2020. Ini bukan satu rekod yang harus dibanggakan,” katanya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI