PHNOM PENH – Dua penerjun negara, Muhammad Syafiq Puteh dan Gabriel Gilbert Daim berjaya meraih kemenangan 1-2 pada acara 3 meter (m) papan anjal Sukan SEA Kemboja 2023 di Pusat Akuatik, Morodok Techo sebentar tadi.
Syafiq mengumpul 377.85 mata keseluruhan dan Gabriel (365.25) manakala penerjun Singapura, Avvir Tham Pac Lun yang mengumpul 360.4 mata memenangi gangsa.
Kemenangan itu menyaksikan kedua-dua penerjun kebangsaan mempertahankan pingat yang dimenangani pada acara sama edisi 2021 di Vietnam tahun lalu.
“Saya sangat gembira dengan kemenangan ini meskipun ada beberapa terjunan yang saya lakukan masih belum sempurna. Kelemahan tersebut akan saya perbaiki pada masa ke semasa,” katanya ketika ditemui sebentar tadi. – KOSMO! ONLINE