fbpx

Sukan SEA Kemboja 2023: Renang sambar pingat emas pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hoe Yan cemerlang pertahankan pingat emas acara 200m gaya bebas sebentar tadi. - Foto oleh MUHD. ARDIE PUTRA SUHAIMI

PHNOM PENH – Penantian untuk meraih pingat emas pertama Sukan SEA Kemboja 2023 dalam acara renang akhirnya berjaya direalisasikan selepas Khiew Hoe Yean dalam acara 200 meter (m) gaya bebas lelaki sebentar tadi.

Pada aksi final di Pusat Akuatik, Morodok Techo itu, Hoe Yean melakukan catatan 1:48.91 saat sekali gus mempertahankan kilauan emas yang dimenanginya dalam acara sama pada edisi 2021 di Vietnam tahun lalu.

Perenang berusia 21 tahun itu mengetepikan cabaran atlet Thailand, Dulyawat Kaewsriyong yang mencatat masa 1:49.29, manakala gangsa milik Nguyen Huy Hoang dari Vietnam.

Hoe Yean mengakui cukup gembira apabila dapat memberikan tumpuan penuh dalam usaha mempertahankan pingat emas meskipun mendapat tentangan sengit daripada pencabar lain.

“Saya melakukan usaha lebih 100 peratus dan hari ini saya fokus untuk memberikan yang terbaik. Saya berjaya raih emas, jadi saya boleh fokus untuk acara lain selepas ini,” katanya.

Sementara itu, Phee Jinq En sekali lagi terpaksa berpuas hati dengan perak dalam acara 100 meter kuak dada wanita selepas melakar pencapaian sama pada Sukan SEA Vietnam 2021 – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI