fbpx

Sukan SEA Kemboja 2023: Skuad badminton lelaki lolos ke separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Skuad badminton lelaki negara dijadualkan bertemu Thailand pada aksi separuh akhir esok. - Foto oleh AMIR KHALID

PHNOM PENH – Skuad badminton lelaki negara mara ke separuh akhir acara berpasukan selepas meraih kemenangan 3-1 ke atas Vietnam pada peringkat suku akhir Sukan SEA 2023 di Dewan Badminton, Morodok Techo sebentar tadi.

Perseorangan utama Malaysia, Leong Jun Hao mengutip mata pertama apabila menumpaskan Nguyen Hai Dang dengan keputusan straight set 21-14, 21-16.

Mata kedua berjaya dikutip hasil sumbangan gandingan Beh Chun Meng-Goh Boon Zhe yang menewaskan beregu Vietnam, Nguyen Dinh Hoang-Tran Dinh Manh dengan keputusan 21-19, 21-14.

Bagaimanapun, Lee Shun Yang, pemain ranking ke-93 dunia, gagal meneruskan momentum kejayaan itu selepas tewas kepada pemain nombor 163 dunia, Le Duc Phat, 13-21, 21-16, 7-21.

Dalam perlawanan terakhir, beregu kedua negara Chia Weijie-Liew Xun menundukkan Xun Nguyen Xuan Hung-Pham Van Hai, 21-14, 21-18, sekali gus mengesahkan tiket separuh akhir untuk Malaysia, esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN