fbpx

Sabah ramai pesakit talasemia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sabah adalah negeri yang mempunyai prevalen tertinggi pesakit talesemia khususnya dalam kalangan masyarakat Kadazandusun.

Menerusi perkongsian Public Health Malaysia di Twitter, sebanyak 22.72 peratus pesakit talasemia adalah dari Sabah.

“Talasemia adalah penyakit keturunan. Jika kedua-dua pasangan adalah pembawa genetik talesemia, anak ada risiko untuk menjadi talesemia major,” katanya.

Menurut Public Health Malaysia, pesakit talesemia major tidak boleh menghasilkan darah dan sepanjang hidup, pesakit perlu menjalani pemindahan darah setiap dua minggu.

“Proses ini, lama-kelamaan akan menyebabkan banyak komplikasi termasuk limpa bengkak, kerosakan hati, jantung dan masalah bantut,” menurut Public Health.

Public Health juga menasihatkan untuk elakkan berkahwin sekiranya kedua-dua (pasangan) pembawa talasemia.

Pembawa talasemia kini boleh mengetahui status mereka dengan menjalani ujian saringan talasemia secara percuma sebelum berkahwin.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI