fbpx

Program Smart SSB Mini Sekinchan MADA-Bernas bakal lonjak pendapatan pesawah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad (kiri) menunjukkan benih padi sebelum melakukan gimik pelancaran Program Smart SSB Mini Sekinchan MADA-Bernas di Kampung Lat 1000, Simpang Empat, hari ini.

KANGAR – Pelaksanaan Program Smart SSB Mini Sekinchan MADA-Bernas dijangka dapat melonjakkan pendapatan pesawah di samping meningkatkan pembangunan industri padi negara kepada tahap lebih baik.

Melalui program ini, pesawah bakal meningkatkan pendapatan mereka sebanyak 15 peratus iaitu daripada RM2,000 kepada RM5,000.

Pertambahan pendapatan pesawah menerusi program itu adalah berikutan daripada pengurangan penglibatan orang tengah sepanjang rantaian nilaian industri padi dan beras negara dengan memberi manfaat secara terus kepada pihak terlibat.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, buat masa ini, program tersebut akan dilaksanakan di dua lokasi seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) iaitu Kampung Lat 1000, Simpang Empat, di sini, dan Kampung Tok Mengkula, Ayer Hitam, Kedah membabitkan kawasan seluas 187 hektar.

“Pelaksanaan inisiatif ini adalah dengan kerjasama sebuah syarikat peneraju Smart SSB iaitu Padiberas Nasional Bhd. (Bernas) selama empat musim penanaman padi.

“Ia bermula Mei ini dan dijangka dituai pada penghujung Ogos depan,” katanya selepas pelancaran program berkenaan di Kampung Lat 1000, Simpang Empat, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai pelaksanaan baharu itu, Mohamad berkata, konsep yang diperkenalkan melalui inisiatif berkenaan adalah membabitkan pertanian pintar dengan penggunaan peralatan moden bagi meningkatkan kuantiti dan kualiti hasil padi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI