fbpx

Pelancong asing mandi-manda Sungai Sat sejukkan badan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN pelancong asing memilih Taman Negara untuk bercuti kerana cuaca panas.

JERANTUT – Bagi menikmati kesejukan air sungai dan suasana redup hutan tropika di sebalik cuaca panas ketika ini, kebanyakan pelancong asing memilih kawasan pelancongan di pesisir Sungai Tembeling, Kuala Sat di sini untuk bercuti.

Pengusaha eko-pelancongan Kuala Sat, Alias Hashim berkata, pelancong dari Eropah dan Asia Tengah yang datang ke Taman Negara Kuala Tahan memilih untuk singgah di sekitar perkampungan Melayu, Orang Asli etnik Bateq dan berkelah di anak Sungai Sat yang turut menjadi tum­puan pelawat domestik.

“Sejak dua bulan ini, saya anggarkan lebih 1,000 Mat Salih yang datang secara backpackers bersama keluarga ma­sing-masing singgah di kampung ini.

Katanya, mereka akan menginap di inap desa antara dua hingga tiga malam.

“Pelancong luar memilih lokasi perkelahan di kampung ini ke­rana cuacanya yang redup kerana berada di bawah teduhan pokok hutan tropika yang terletak di pesisir Sungai Tembeling dan anak Sungai Sat,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, kebanyakan pelancong Eropah memilih untuk berkelah dan mandi-manda di Sungai Sat yang menjadi antara lokasi menjadi tumpuan ramai pengunjung selepas negara ini pulih daripada pandemik ­Covid-19 tiga tahun lalu.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) Kuala Sat, Abdul Jabar Dolah berkata, setiap hari ramai pelancong luar khususnya dari Eropah melawat penempatan Orang Asli etnik Bateq Kampung Bengoi.

“Lawatan mereka ke sini ­semakin meningkat selepas musim banjir dan peralihan ke monsun panas untuk bersiar dan berkelah di tepi sungai sambil menikmati makanan tempatan berasaskan ikan sungai dan u­lam-ulaman.

“Ada yang menginap di Kuala Tahan, tetapi memilih lawatan ke kampung ini berkemungkinan lokasi di sini tenang dan hutan tropika malar segar yang menghijau tanpa tercemar,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI