fbpx

Sukan SEA Kemboja 2023: ‘Pecutan’ Umar julang pingat emas berganda 400m

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Umar bukan sahaja berjaya menang pingat emas, tetapi memadamkan rekod kebangsaan acara 400m lelaki. - Foto oleh AMIR KHALID

PHNOM PENH – Atlet pecut muda kebangsaan, Umar Osman pamerkan larian bertenaga untuk raih pingat emas ke-13 buat kontinjen Malaysia selepas mendominasi acara pecut 400 meter (m) lelaki di Stadium Nasional, Morodok Techo semalam.

Lebih menarik, Umar yang baru berusia 20 tahun berjaya mencipta rekod baharu kebangsaan 46.34 saat(s) sekali gus memadam rekod lama yangh dicipta Mohd Zaiful Zainal Abidin yang mencatat 46.41 pada Kejohanan Olahraga Remaja Asia edisi 2001.

Umar yang tidak letakkan sebagai pilihan berjaya menafikan cabaran dua atlet Filipina, Umajesty Wesley yang meraih pingat perak dengan masa 46.52s dan Frederick Cabatu (46.63s).

Kata Umar, cetek pengalaman bukanlah alasan meskipun baru tampil buat kali pertama dalam temasya dwitahunan berprestij Asia Tenggara itu.

“Saya memang berikan segalanya ketika berlari janji dapat emas untuk negara. Ini adalah penampilan pertama dan dapat pula emas selain turut terkejut mencipta rekod baharu kebangsaan.

“Sebelum ini, tak ada orang berikan kepercayaan dalam acara ini namun jurulatih, keluarga dan rakan memberikan semangat supaya dapat pingat emas,” katanya.

Terdahulu, atlet pecut wanita negara, Shereen Samson Vallabouy turut menang acara 400m individu wanita sebentar tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI