fbpx

Pak belang baham lembu di Bukit Berekeh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sisa bangkai lembu yang ditinggalkan pak belang selepas membaham haiwan berkenaan di Bukit Berekeh, Sungai Siput baru-baru ini.

SUNGAI SIPUT – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak mengesahkan menerima dua aduan haiwan ternakan dibaham harimau belang di kawasan Bukit Berekeh di sini.

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, kejadian itu berlaku selepas haiwan liar tersebut dikesan berkeliaran di lokasi berkenaan minggu lalu.

Katanya, perangkap akan dipasang di lokasi yang dikenal pasti sebagai langkah alternatif bagi menangani isu haiwan liar tersebut.

“Buat masa sekarang, kita pasang satu perangkap berhampiran kawasan yang dikenal pasti berlakunya serangan terhadap ternakan penduduk,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Menurut Yusoff, kakitangan Perhilitan dari Unit Harimau akan terus memantau pergerakan haiwan tersebut dalam usaha menghalaunya masuk semula ke Hutan Simpan Piah.

“Kita dapati haiwan tersebut telah bergerak menuju Hutan Simpan Piah. Rondaan dan kawalan akan diteruskan sehingga kawasan sekitar kembali selamat,” katanya.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan, kesan tapak kaki haiwan liar dipercayai harimau belang dikesan di kawasan Bukit Berekeh, Rabu lalu.

Berdasarkan kesan tapak kaki yang dijumpai, harimau itu dianggarkan berusia antara lapan ke sembilan tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI