PENYANYI Eunji seringkali menunjukkan kehebatan vokalnya yang luar biasa.
Namun, kali ini berbeza apabila dia melakukan perkara lebih mengejutkan ramai dengan meluncurkan lagu berjudul Blue Whale versi bahasa isyarat.
Anggota kumpulan Apink itu memuat naik video Blue Whale (versi bahasa isyarat) dalam saluran YouTubenya.
Dalam ruangan deskripsi, penyanyi itu turut memaklumkan keinginannya menyampaikan lagu tersebut dengan berbeza.
Rata-rata netizen memberikan pujian atas usaha yang ditunjukkan Eunji.
“Saya tertanya-tanya berapa lama masa yang diambil memandangkan jadualnya sangat sibuk untuk belajar dan menghafal bahasa isyarat serta merakam video. Maknanya dia seorang yang sangat rajin,” kata pengikut.
“Idea mengeluarkan versi bahasa isyarat sangat hebat.
“Saya rasa ini adalah video yang menunjukkan bahawa nyanyian bukanlah sesuatu yang hanya boleh disampaikan melalui suara,” ujar seorang peminat lain.