fbpx

Mi Kari Putih Penang Ah Lai, Mi Segera Perisa Ayam Special selamat dimakan – KKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mi Kari Putih Penang Ah Lai dan Mi Segera Perisa Ayam Special jenama Indomie selamat untuk dimakan.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan Mi Kari Putih Penang Ah Lai dan Mi Segera Perisa Ayam Special jenama Indomie selamat untuk dimakan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, produk itu telah menjalani analisa makmal dan mendapati ia mematuhi perundangan yang ditetapkan dan selamat untuk dimakan.

“Ia adalah perkembangan terkini berkaitan isu produk mi segera yang dikesan mengandungi ethylene oxide seperti dilaporkan media sebelum ini,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Sebelum ini, KKM mengarahkan supaya dua produk mi segera itu diarah ditarik balik penjualannya dari pasaran susulan dakwaan terdapatnya ethylene oxide oleh Pihak Berkuasa Kesihatan Taiwan.

Dalam perkembangan sama, Muhammad Radzi berkata, KKM melaksanakan enam tahap pemeriksaan di pintu masuk berdasarkan risiko bagi produk makanan diimport.

Menurutnya, bagi pemeriksaan Tahap 5 iaitu Tahan, Uji dan Lepas (TUL), produk makanan yang masuk ke negara ini akan ditahan dan dianalisa terlebih dahulu.

“Hanya produk makanan yang mematuhi standard sahaja yang dilepaskan untuk pasaran di Malaysia.

“Bagi tempoh 2022 hingga April 2023, sejumlah 317 pensampelan bagi tujuan TUL telah dijalankan dan daripada jumlah tersebut, 37 (11.67 peratus) adalah pensampelan TUL ke atas produk mi segera pelbagai jenama bagi parameter ethylene oxide,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI