fbpx

KPKT selamatkan 92 projek sakit bernilai RM5 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Akmal Nasrullah.

PETALING JAYA – Sebanyak 92 projek perumahan swasta kategori sakit telah berjaya dipulihkan sejak Task Force Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai ditubuhkan pada 30 Disember tahun lalu.

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) keseluruhan projek berkenaan sebanyak RM5 bilion.

“Tempoh 31 Disember 2022 sehingga 31 Mac 2023 menunjukkan sebanyak 80 projek perumahan swasta dalam kategori sakit telah berjaya diselesaikan sehingga menerima Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC).

“Sebanyak 12 projek sakit juga telah dipantau sehingga kembali mengikut jadual pembinaan (lancar) menjadikan jumlah keseluruhan 92 projek berjaya dikeluarkan daripada senarai
projek sakit bagi suku tahun pertama ini,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Akmal Nasrullah berkata, bagi projek Projek Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) pula, sebanyak lapan projek dikategorikan sakit telah berjaya disiapkan dan menerima CCC sehingga 30 April lalu.

Jelas beliau, KPKT bagaimanapun mendapati terdapat sebanyak 435 lagi projek perumahan dikategorikan sebagai projek sakit, 110 projek lewat dan 112 projek terbengkalai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI