fbpx

KKM terima peruntukan RM1.7 bilion lantik pegawai kontrak kepada tetap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaliha ketika menyampaikan sijil perkhidmatan cemerlang kepada warga kerja kesihatan pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) menerima sebanyak RM1.7 bilion peruntukan kewangan tambahan bagi melantik seramai 12,800 pegawai kontrak ke jawatan tetap di bawah kementeriannya.

Menterinya, Dr. Zaliha Mustafa berkata, baru-baru ini seramai 4,263 pegawai perubatan kontrak telah diserap ke jawatan tetap dan ia akan diteruskan secara berperingkat bagi tempoh tiga tahun sehingga tahun 2025.

Katanya, usaha yang dilakukan oleh pihak kementerian itu bagi memastikan kebajikan warga kerjanya terus terbela di masa akan datang.

“Usaha penyerapan dan pengisian perjawatan kontrak kepada jawatan tetap juga melibatkan pelbagai skim dalam sektor kesihatan, antaranya seperti pegawai farmasi, pegawai perubatan pergigian, jururawat, penolong pegawai perubatan dan pegawai kesihatan awam,” katanya dalam hantaran di Facebook miliknya hari ini.

Beliau juga berkata, dalam usaha ke arah meningkatkan taraf penjagaan perkhidmatan kesihatan di Malaysia ia akan diterajui oleh pembangunan Kertas Putih Kesihatan.

“Pembentangan di Parlimen kelak akan menjadi titik-tolak kepada hala tuju KKM untuk melihat perubahan dari perspektif penjagaan penyakit (sick care) kepada penjagaan kesihatan (health care),” ujarnya.

Dalam pada itu, berhubung Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2022, Zaliha berkata, manifestasi penghargaan dan pengiktirafan kepada warga kerja kesihatan diberikan kepada mereka yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam kerja yang telah diamanahkan.

“Alhamdulillah, pada tahun ini kita dapat meraikan seramai 757 orang penerima APC termasuk tujuh orang penerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang.

“Semoga dengan anugerah ini akan dapat menyuntik semangat, mencetuskan inspirasi dan menjadi suri teladan terbaik kepada rakan sekerja yang lain, khususnya dalam membentuk sebuah ekosistem pekerjaan yang cemerlang,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI