fbpx

Kerajaan unjur pelaburan TBB cecah RM637 bilion sehingga 2050

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rafizi bersama Nik Nazmi ketika hadir pada Majlis Raya Lestari NRECC di Wisma Sumber Asli hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Kerajaan menganggarkan negara mampu memperoleh pelaburan besar bidang tenaga boleh baharu (TBB) lebih setengah trilion ringgit dalam masa tiga dekad.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, menurut tinjauan menerusi laporan Malaysia Energy Transition Look juga mengunjurkan nilai pelaburan boleh mencecah RM637 bilion.

“Anggaran ini berdasarkan peningkatan kapasiti TBB baharu sehingga tahun 2050 sejajar dengan Pelan Pembangunan Penjanaan Negara,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini hari ini.

Turut serta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad sebelum mereka menghadiri Majlis Hari Raya Lestari di Wisma Sumber Asli.

Jelasnya, keudua-dua kementerian itu akan bekerjasama menambah baik kerangka dasar dan kawal selia melibatkan ekonomi hijau serta memudah cara bagi menggalakkan pelaburan berkaitan.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, secara khusus dua kementerian tersebut meneliti proses sedia ada agar peraturan semasa tidak melemahkan keperluan ekonomi hijau negara.

Justeru, satu memorandum mengenai hala tuju TBB dibangun telah dibentangkan kepada mesyuarat Kabinet pada 3 Mei lalu susulan pelbagai sesi libat urus dengan pihak pemain.

Ujar beliau, Jemaah menteri bersetuju agar kapasiti ditingkat bagi mewujudkan peluang pertumbuhan dan merancakkan industri itu di samping memastikan jaminan bekalan mencukupi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI