fbpx

Sukan SEA Kemboja 2023: Keen Hoo ‘berpeluh’ raih pingat emas snuker

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Moh Keen Hoo mempamerkan kebangkitan luar biasa untuk menyumbang pingat emas ke-15 buat kontinjen Malaysia.

PHNOM PENH – Pemain snuker berpengalaman, Moh Keen Hoo mempamerkan kebangkitan luar biasa untuk menyumbang pingat emas ke-15 selepas menjuarai acara six red ball individu di Sukan SEA Kemboja 2023 sebentar tadi.

Pada aksi penentuan emas di AEON Mall, Phnom Penh itu, Keen Hoo bangkit untuk menewaskan lawannya dari Laos, Siththideth Sakbieng 5-3 meskipun pada satu ketika ketinggalan 0-3.

Keen Hoo yang membuat penampilan kesembilan di Sukan SEA mengakui tidak sangka sangka dapat melakar kejayaan tetapi kesilapan mudah yang dilakukan oleh Siththideth memudahkannya untuk bangkit pada lima frame terakhir.

“Saya tidak dapat bermain dengan baik pada awal perlawanan mungkin kerana tertekan. Selepas ketinggalan 0-3, saya cuba tenang dan akhirnya dapat melakar kemenangan buat Malaysia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI