fbpx

JAIS benar pakai baju sukan di sekolah agama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memberikan kebenaran khas kepada pelajar sekolah kelolaan mereka untuk memakai pakaian sukan dan sopan ekoran cuaca panas ketika ini.

Antara sekolah yang terlibat adalah Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS), Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI), Sekolah Rendah Agama, Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) dan prasekolah JAIS.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, bagi pelajar MITS, SRAI dan prasekolah mereka dibenarkan memakai pakaian sukan sekolah.

Manakala, bagi pelajar SRA dan KAFA pula katanya, pelajar lelaki boleh memakai kemeja T sukan yang cerah dan sopan (tiada gambar melampau dan logo tertentu) serta berseluar panjang.

“Bagi pelajar perempuan, mereka boleh memakai baju T lengan panjang, baju muslimah cerah dan sopan serta menutup aurat (tiada gambar melampau dan logo tertentu),” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Bagaimanapun kata Mohd. Shahzihan, ibu bapa diberikan pilihan dan tiada paksaan pemakaian pakaian tersebut jika ia tidak membebankan.

“Pihak pentadbir sekolah perlu memantau keadaan cuaca dari semasa ke semasa supaya tindakan dapat diambil dengan segera bagi menjamin kesihatan murid, guru dan pentadbir sekolah,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI